Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Puchong_Perdana

Lokasi

Stesen ini terletak diatas Persiaran Puchong Perdana di Taman Puchong Perdana, Puchong. Terletak berhampiran stesen adalah Masjid As-Salam Puchong Perdana, Taman Tasik Puchong Perdana dan kawasan perumahan Taman Puchong Indah.

Susunan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
SP Arah Utara Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Bandar Puteri)
SP Arah Selatan Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Puchong Prima)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]

Perkhidmatan Bas

Bas RapidKL laluan T601 berkhidmat di stesen ini.